Wednesday, December 27, 2017

RESEPI KERANG MASAK LEMAK

KERANG
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.


Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.


RESEPI KERANG MASAK LEMAK

BAHAN BAHAN
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit halia (dihiris)
1 kilo kerang (direbus dan dikopek)
santan pekat dan santan cair (dari 1 biji kelapa)
3 biji ubi kentang
2 batang serai (diketuk)
garam
ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. masukkan serai. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. masukkan santan beserta garam dan ajinomoto.
4. masukkan ubi kentang.
5. setelah ubi kentang empuk masukkan kerang.
6. kacau kuah di permukaan sahaja supaya kuah tidak berketul

No comments:

Post a Comment