Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING MASAK MERAH THAI

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING MASAK MERAH THAI
BAHAN BAHAN
BAHAN A
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 cm halia

Bahan A dihiris untuk bahan tumis.
2 helai daun limau purut (wangi)       
Perisa 
Dua sudu besar sos tomato
Empat sudu besar kicap manis
Dua sudu besar pewarna merah (cecair)
Garam sesedap rasa.

BAHAN B
200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul. Rebus dalam air sehingga mendidih selama sejam. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.

PROSES PENYEDIAAN
1. Tumis bahan A dan daun limau purut hingga wangi dan layu. Masukkan daging dan dua senduk air rebusan daging.


2. Tambah sos tomato, kicap manis dan pewarna merah. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tambah garam 1 sudud kecil. Perisakan sesedap rasa.

No comments:

Post a Comment