Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING PINDANG KICAP

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING PINDANG KICAP

BAHAN BAHAN
300 gm daging bercampur lemak
4 biji kentang
¼ biji kubis
4 sudu besar kicap
1 sudu kecil gula
3 keping asam gelugur
Sedikit suhun halus
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau     6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 hiris halia
1 hiris lengkuas
Sedikit kayu manis
Daun sup
Daun bawang

PROSES PENYEDIAAN
Daging dibersih & dipotong nipis-nipis. Kemudian direbus. Cili merah, cili hijau, bawang merah, bawang putih & halia dihiris halus.

Kentang dibelah 4. Bila daging empuk, masukkan kentang & bahan-bahan yang dihiris, serai, lengkuas, kayu manis, asam gelugur, kicap, gula & garam.


Masak sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan kubis & suhun. Biar mendidih 2 / 3 kali baru diangkat. Taburkan daun sup & daun bawang.

No comments:

Post a Comment