Tuesday, December 26, 2017

RESEPI KAMBING BEREMPAH

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI KAMBING BEREMPAH

BAHAN BAHAN
600 gm daging kambing (dihiris nipis)
2 camca besar rempah kari
2 camca besar mayonis
1 camca besar cili giling
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
1 camca besar kicap manis         3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
125 - 250 ml air
Garam
Gula pasir

PROSES PENYEDIAAN
Perap daging kambing bersama rempah kari, mayonis, cili giling, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap manis dan bawang putih di dalam mangkuk selama empat jam.

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga ia keperangan.


Masukkan daging kambing bersama bahan perap. Kacau di atas api kuat hingga ia garing. Masukkan air, tutup periuk. Tambah air jika perlu. Biar hingga daging empuk. Akhir sekali, masukkan garam dan gula pasir.

No comments:

Post a Comment