Tuesday, December 26, 2017

RESEPI IKAN BAWAL PUTIH KUKUS TAUCU

Kukus atau stim ialah istilah teknikal untuk fasa gas bagi air yang terbentuk apabila air mendidih. Secara teknikal, dalam sebutan kimia dan fizik, kukus adalah halimunan dan tidak boleh dilihat; walau bagaimanapun, dalam bahasa seharian kata ini kerap digunakan untuk merujuk kabus atau aerosol titisan air yang terbentuk kerana wap air ini memeluwap pada kehadiran udara (lebih sejuk). Pada tekanan lebih rendah, seperti di atmosfera atas atau di puncak pergunungan tinggi, air mendidih pada suhu lebih rendah daripada 100 °C (212 °F) nominal pada suhu dan tekanan piawai. Jika dipanaskan dengan lanjut, air menjadi kukus superpanas.

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal putih bersaiz besar.
2. 2 sudu tauchu
3. 1 sudu halia (dikisar)
4. 8 biji cili padi(dihiris)
5. Bawang putih tiga ulas(dikisar)
6. 1 sudu gula
7. 3 sudu air perahan limau
8. 4 sudu air
9. Hirisan halia

PROSES PENYEDIAAN
1. Gorengkan halia dan bawang putih dan tauchu hingga naik bau selama 5 minit. 

2. Masukkan hirisan cili padi, air, perahan limau dan gula, kacau. Kemudian ratakan pada seluruh ikan tadi dan letakkan hirisan halia pada kedua-dua belah ikan. 

3. Dan akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan kukus untuk 20-30 minit. Pasti menyelerakan.

No comments:

Post a Comment