Kuih denderam atau juga dikenali
sebagai kuih peniaram[ atau kuih telinga keling di pantai timur Semenanjung
Malaysia, merupakan sejenis kuih manis tradisional yang sedap rasanya. Sejak
kebelakangan ini perkataan keling sudah tidak diguna pakai kerana takut
menimbulkan isu perkauman.
Menurut satu rencana dari akhbar The
Star, kuih denderam ini diilhamkan daripada kuih masyarakat India selatan akan
tetapi sudah menjadi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di India ia
dikenali sebagai Adhirasam dan menggunakan lada hitam sebagai satu dari
bahannya.
RESEPI KUIH DENDERAM
BAHAN BAHAN
500g
Tepung Beras
3 sudu
Tepung Gandum
500g Gula
Merah
Secubit
garam
1 Cawan
Air
PROSES PENYEDIAAN
Masak gula
dan air sehingga menggelegak. Macam berbuih-buih tu. Tambah garam sikit.Time
panas panas tu tapis dan tuang atas tepung
Kacau
rata. Sampai nampak berbuih buih Masa panas panas tu memang nampak cair sikit.
Tapi hangpa jangan kuatir pasai lama2 dia akan jadi pekat
Peram
semalan. Esok nya nak goreng tambah la
tepung beras sikit dalam dua sudu ka. Tak dapat nak bentuk nanti. sebab lembik
sikit kan.
Goreng dan siap
No comments:
Post a Comment