Kuih Kemboja adalah sejenis makanan
tradisi Melayu di Selangor. Ia biasanya sangat sinonim dengan perayaan dan
keramaian yang dihidangkan pada para tetamu. Secara amnya, kuih bahulu terdiri
daripada bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Terdapat pelbagai jenis
bahulu yang ada dalam kategori warisan Melayu. Namun dalam artikel ini akan
lebih memfokuskan kepada Bahulu Kemboja yang sangat sinonim dengan masyarakat
di Selangor. Bahulu Kemboja ialah antara aneka kuih tradisional yang
melambangkan tentang negeri Selangor. Sembilan kelopak yang terdapat pada
Bahulu Kemboja berkenaan adalah cerminan kepada sembilan buah daerah yang
terdapat di Selangor.
Daerah berkenaan ialah Gombak, Hulu
Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak
Bernam dan Sepang. Secara ringkasnya Bahulu Kemboja ialah sebuah hidangan yang
menjadi khazanah warisan untuk negeri Selangor sehinggakan ia mampu dijadikan
suatu wadah untuk menggambarkan negeri itu. Malahan istimewa dan kreatifnya
kuih Bahulu Kemboja ini ia mengaplikasikan nilai yang ada pada negeri Selangor
itu sendiri dengan memasukkan sembilan buah daerah yang ada di Selangor pada
kelopak kuih berkenaan.
RESEPI KUIH
BAKAR KEMBOJA
BAHAN
BAHAN
1 cawan
gula
1 cawan
jus pandan
2 cawan
tepung gandum
2 1/4 cwan
santan pekat
2 sudu
kecil butter
3 biji
telur
1/2 sudu
kecil garam
pewarna
hijau
bijan
esen
vanilla
PROSES
MASAK
Campurkan
semua bahan. Adun atau kisar sampai sebati. kemudian tapis masukkan 2 sudu
kecil minyak dlm loyang. panaskan loyang dlm oven.
bila minyak dah panas, masukkan adunan tadi, taburkan bijan. bakar @180c sampai brown atau garing
bila minyak dah panas, masukkan adunan tadi, taburkan bijan. bakar @180c sampai brown atau garing
No comments:
Post a Comment