Popia merupakan sejenis kuih yang
sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah,
digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga
bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung
gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian
doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali
leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan
pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula
dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap.
Terdapat tiga cara penggunaan
kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara
memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke
dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka
mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.
RESEPI POPIA
SIRA BERLADA
BAHAN
BAHAN
Kulit
popia secukupnya
BAHAN UNTUK LEKATKAN KULIT
POPIA:
2 sudu
besar tepung gandum
sedikit
air
Bahan
untuk inti popia:
2 ulas
bawang putih, cincang halus
1 biji
sengkuang, potong memanjang
1 batang
karot, parut kasar
sedikit
biji kobis, cincang kasar
sedikit
taugeh
1 biji
bawang besar, hiris halus
1 sudu
besar sos tiram
2 sudu
besar udang kering, tumbuk halus
gula dan
garam secukup rasa
BAHAN UNTUK SOS SIRA PEDAS:
2-3 sudu
besar minyak masak
1 ulas
bawang putih, tumbuk halus
1 ulas
bawang merah, tumbuk halus
2 sudu
besar cili kisar
3 sudu
besar sos cili
2 sudu
besar gula
1 sudu
besar cuka makan
sedikit
garam
bijan,
disangai atau goreng tanpa minyak
PROSES
MASAK
CARA-CARA UNTUK TEPUNG GAM:
Bancuh
tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat.
CARA-CARA UNTUK POPIA:
Ambil
sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas. Gamkan
bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam. Goreng sehingga kekuningan
dan rangup. Angkat dan ketepikan.
CARA-CARA UNTUK POPIA SOS SIRA
PEDAS:
Panaskan
minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga
kekuningan.
Masukkan
cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, gula
dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam
secukupnya.
Apabila
sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga
menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
Angkat dan
susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.
No comments:
Post a Comment