Monday, December 25, 2017

RESEPI KUIH KUIH KASTURI

Kuih kasturi atau juga dikenali sebagai kueh rengas atau kueh kacang hijau merupakan sejenis kuih tradisi Melayu.

RESEPI KUIH KUIH KASTURI
BAHAN BAHAN
1 cawan kacang hijau
3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang

PROSES PENYEDIAAN
Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.

Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus

Setelah benar kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.

Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
untuk memastikan inti sudah masak pastikan kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang.


 Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..

No comments:

Post a Comment