Kuih Apam Tepung Beras atau juga dipanggil
‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia.
Kuih apam ini biasanya dibuat
sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadang-kala pewarna dicampur bagi menghasilkan
apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.
Sebagaimana namanya, kuih apam tepung
beras ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras, dan yis dengan campuran
air dan gula. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan
dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicamporkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai
digunakan bagi tujuan yang sama.[ Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan
pelbagai cara, samaada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit
hidup”), iaitu kelapa yang masih belum cukup tua, atau dengan kuah berempah
(Terengganu).
RESEPI KUIH APAM
BERAS
BAHAN BAHAN
1 cawan
nasi
2 cawan
tepung beras
1 cawan
gula putih
1 1/4
cawan air
1 sudu
kecil yis
1 paket
kecil eno - tanpa perisa
Pewarna -
merah hijau pink atau warna ikut suka anda
PROSES PENYEDIAAN
Kisar nasi
dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi
hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau
4 jam atau semalaman.
Selepas
diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan
pewarna yang disukai dan biar sebentar.
Panaskan
kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak.
Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.
No comments:
Post a Comment