Vadai atau (vada, wada, vade),
disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua
jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat
juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.
Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai
yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di
tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney
atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak
RESEPI KUIH MAGELEK
3 cwn
kacang dal rendam
1 bj
bawang besar potong dadu
8 tangkai
cili kering digunting halus
4 tangkai
daun sup
Garam,
perasa, dan minyak yang secukupnya untuk menggoreng
PROSES
MASAK
Kisar kacang dal sampai halus dan tapis airnya,
asingkan. Untuk kisar yang seterusnya
gunakan air lebihan yang pertama.
Campur
semua bahan yang dipotong tadi, garam dan serbuk perasa. Bulat-bulatkan leper
dengan guna due senduk, terus masuk dalam kuali,.
Pastikan
api sederhana besar dan goreng sehingga garing,. Untuk hasil yang lebih baik,
semasa goreng, tunggu bahagian bawah nampak kekuningan, barulah
dibalikkan,.sebab kalau balikkan awal, kuih akan pecah.
No comments:
Post a Comment