Monday, December 25, 2017

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK

Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah/ memancut.

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN BAHAN
Ubi Keledak secukupnya
Tepung Gandum secukupnya
Gula

PROSES MASAK

Basuh ubi keledak sehingga bersih dan rebus dengan air bersih sehingga empuk isinya. Selepas itu ubi keledek yang telah direbus dibuang kulitnya dan dilenyek isinya sehingga lumat. Boleh juga kalau nak tumbuk isi ubi keledek dengan lesung batu.

Selepas isi telah dilenyek sehingga lumat, campurkan dengan tepung gandum sehingga adunan tidak melekit dan senang dibentuk. Kemudian bentukkan adunan (doh) tadi kepada bentuk bulat. Boleh susun banyak-banyak dulu dalam talam doh ni.

Selepas tu doh bulat ni ditekan tengah-tengah untuk diletakkan gula. Gula tu akan cair apabila digoreng nanti. Selepas dimasukkan gula bentukkan semula doh ini dalam bentuk bujur macam di bawah. Pastikan tak bocor Akhir sekali goreng dalam minyak yang dah dipanaskan sehingga bewarna kuning keemasan. 

No comments:

Post a Comment