Monday, December 25, 2017

RESEPI KUIH APAM MEKAR

Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).

RESEPI KUIH APAM MEKAR
BAHAN BAHAN
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh ovalett
1 cawan air ais krim soda (brand F&N)
2 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila
Pewarna kesukaan
paper cup

PROSES PENYEDIAAN
Pukul telur dan gula sampai hancur dan kembang. Masukkan ovalett sampai adunan jadi putih gebu.

Masukkan esen vanilla. Pastu masukkan air ais krim soda. Pukul sebentar, kemudian masukkan tepung & pukul sampai sebati.

Lepastu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian, letaklah warna kesukaan anda. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus selama 10 minit dengan api yang sederhana.

No comments:

Post a Comment