Monday, December 25, 2017

RESEPI KUIH APAM PISANG

Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.
Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).

RESEPI KUIH APAM PISANG
BAHAN BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
2 biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
secubit garam

PROSES PENYEDIAAN
Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.

Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.


Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment