Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’
merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih apam ini
biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur
bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.
Kuih apam ini dihasilkan dengan
menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini
kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan.
Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan
bagi tujuan yang sama.
Kuih apam ini boleh dihidangkan
dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur
kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah
(Terengganu).
RESEPI KUIH
APAM PISANG
300 gm
gula melaka / gula timbang - dicairkan
350 ml air
3 biji
telur
200 gm
gula pasir
350 gm
tepung gandum diayak bersama 1/2 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda
bikarbonat.
secubit
garam
1 sudu teh
esen vanila
50 gm
majerin - dicairkan
8 - 9 biji
pisang berangan dihiris bulat
PROSES PENYEDIAAN
Masak gula
Melaka dgn air hingga larut dan tapiskan biarkan sejuk. Pukul telur dgn gula
hingga kembang dan pekat.
Masukkan
tpg yg diayak bersama sedikit2 dan kacau rata. Masukkan sirap gula Melaka, esen
vanila dan majerin kacau sebati. Sapukan
acuan kecil dgn sedikit minyak.
Masukkan
adunan dlm 1/2 acuan sahaja. Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnyer
dan kukus selama 15 hingga 20 minit. Setelah masak biar sebentar kemudian
bolehlah keluarkan dari acuan dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment