Monday, December 25, 2017

RESEPI KUIH QASIDAH

Kuih hasidah atau juga digelar kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisi yang lemak dan manis. Ia dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi dan gula.

Pada kebiasaannya kuih hasidah akan dicanai bulat dan diletakkan di atas talam, sebelum bunganya dicekit, dengan menggunakan pengepit membentuk seperti sekuntum bunga mawar. Selepas itu, bawang goreng akan ditabur pada bahagian atasnya.

RESEPI KUIH QASIDAH
BAHAN BAHAN
1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur makan
1 sudu besar minyak sapi

BAHAN UNTUK HIASAN:
6 ulas bawang merah
secubit garam

PROSES PENYEDIAAN
Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.

Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng 

No comments:

Post a Comment