Kuih Seri Muka biasanya dibuat di
dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau
segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz
hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.
Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan
dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih
(lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai
pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna
makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli. Lapisan bawah kuih Seri Muka ini
diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan
kelapa serta pewarna pandan.
BAHAN
BAHAN LAPISAN BAWAH
- 2 cawan pulut
- 2 cawan santan cair
- 1 sudu kecil minyak
- sedikit garam
PROSES PENYEDIAAN
- Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
- Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
- Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan bahan utk lapisan atas. Setelah masak, angkat dan tekan tekankan sehingga padat. Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
BAHAN LAPISAN ATAS
- 3 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1 biji telur
- 1 cawan isi durian
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung tepung kastard
- 1/4 cawan tepung beras
- 1 s/k garam
PROSES PENYEDIAAN
- Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.
- Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
- Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan Hidangkan.
- Guna 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat.
No comments:
Post a Comment