Monday, December 25, 2017

RESEPI KUIH SERI MUKA DURIAN

Kuih lompang merujuk kepada sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia biasanya berbentuk cawan kecil dengan sedikit lubang / lompang dibahagian tengah. Pada kebiasaannya kuih lompang bewarna-warni. Kuih Lompang merupakan sejenis kuih yang dikukus, dengan itu adalah menyihatkan kerana tidak mempunyai minyak. Kuih Lompang diperbuat dari campuran ramuan tepung beras dan tepung ubi. Boleh didapati dalam warna coklat atau pelbagai warna yang lain. Kuih Lompang merupakan sajian makanan ringan yang dimakan dengan kelapa parut muda yang ditabur diatasnya.

RESEPI KUIH SERI MUKA DURIAN
BAHAN BAHAN LAPISAN BAWAH
1 1/2 cawan tepung beras.
3/4 cawan gula halus.
2 cawan air.
5 helai daun pandan.
5 helai daun suji @ pandan serani.
1 tsp air kapur.
1 tbsp tepung jagung.
Kelapa parut putih.
Secubit garam.

PROSES PENYEDIAAN
Kisar kedua-dua jenis daun pandan dengan 2 cawan air.Tapis.

Satukan air pandan,tepung gandum,gula,tepung jagung  dan air kapur.Kacau sehuingga sebati.tapis. 

Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap.Jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak masak agar senang untuk keluarkan kuih nanti.

Masukkan adunan ke dalam jag dan tuangkan ke dalam acuan sehingga hampir penuh. Kukus selama 15-20 minit sehingga "lesung pipit" terbentuk  Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan.

Kukus kelapa parut sekejap dan gaulkan dengan sedikit garam. Hidang kuih lompang dengan kelapa parut.

No comments:

Post a Comment