AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging
(broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran
daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan.
Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur
lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat
boleh sembelih pada umur 14 minggu.
Oleh kerana ayam pedaging begini muda
ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum
dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta
kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah
kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di
kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.
Ayam pedaging juga dipelihara hingga
matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan
hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging
biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan
intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah
satu haiwan ternakan yang paling umum
RESEPI AYAM MASAK REMPAH BIJI
BAHAN BAHAN
seekor ayam
BAHAN A
10 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 sudu rempah biji
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
BAHAN B
minyak untuk menumis
5 sudu kerisek
5 sudu kicap
garam secukup rasa
daun kunyit dimayang halus
PROSES PENYEDIAAN
Bahan A digoreng
dengan sedikit minyak. Kemudian dikisar. Gaul dan perap ayam dengan bahan A dan
kicap.
Tumis sedikit
bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang diperap. Masukkan
kerisek.
Masak hingga ayam
empuk. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun kunyit.
No comments:
Post a Comment