Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG GORENG CILI

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG GORENG CILI
BAHAN BAHAN
½ kg udang basah yang sederhana besarnya (dibuang kulitnya)
10 biji cili merah (digiling)
5 ulas bawang putih (digiling)
3 helai daun limau purut muda (dihiris halus)
1 biji timun (untuk hiasan)       
3 biji buah tomato (untuk hiasan)
1 camca besar kicap cair
Garam dan gula secukup rasa
4 camca besar minyak untuk menggoreng udang
4 camca besar untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan udang bersama 1/2 camca kecil garam dan gula. Kemudian perapkan selama 15 minit. Kemudian panaskan minyak. Gorengkan udang yang telah diperap tadi. Kacaukan udang hingga rata. Bila sudah masak, asingkan udang.

Tumiskan bahan yang telah digilingkan tadi sehingga hampir garing dan masukkan kicap cair. Sesudah itu masukkan garam dan gula sambil dikacau hingga sebati.


Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi, kacau hingga rata dan bolehlah dihidangkan. Hiaskan dengan timun dan tomato. Setelah itu taburkan diatasnya dengan hirisan daun limau purut.

No comments:

Post a Comment