Ayam
golek, juga dikenali sebagai ayam percik, ialah sejenis masakan pantai timur
Malaysia. Ayam dipanggang dengan menyelitupi kuah bersantan.
RESEPI AYAM GOLEK PENGANTIN
2 ekor ayam
40 gm bawang putih (dimayang)
150 gm bawang merah (dimayang)
40 gm halia (dihiris)
50 gm rempah basah
½ tin minyak sapi
Garam & gula (secukup rasa)
2 biji kelapa (santan pekat)
100 gm jintan manis
100 gm jintan putih
2 helai daun pandan
3 tangkai cili merah
3 biji tomato
20 gm kunyit serbuk
Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
PROSES PENYEDIAAN
Ayam dibersihkan. Tumiskan bawang merah,
rempah basah, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis. Masukkan santan
pekat, dicampur bersama-sama jintan manis & jintan putih, biarkan sehingga
mendidih.
Masukkan ayam. Masukkan garam & gula
secukup rasa. Potong cili & tomato & masukkan ke dalam ayam tadi.
Letakkan ayam di atas talam, masukkan ke
dalam ketuhar beberapa minit sehingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment