Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG MASAK CILI HIJAU

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG  MASAK CILI HIJAU
BAHAN BAHAN
600 gm udang harimau
2 camca teh gula
60 ml minyak sayur
30 gm udang kering, dibasuh, disejat dan ditumbuk kasar
Sedikit garam
60 ml air asam jawa
12 biji cili hijau-dipotong serong
15 gm halba, direndam ½ jam dahulu-dikisar   
15 biji bawang merah
1 batang serai
6 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
15 gm belacan

PROSES PENYEDIAAN
Perap udang seketika bersama gula. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau. Segera masukkan udang kering dan goreng 4 minit.


Masukkan garam, air asam jawa, udang dan cili hijau. Masak 5-7 minit. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment