Wednesday, January 10, 2018

RESEPI SOTONG MASAK HITAM MANIS

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
  • 300 gm sotong hidup
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 sudu makan kicap 
  • 2 sudu makan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk
  • 2 lembar daun limau purut
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Sotong dibersihkan kemudian dipotong-potong kecil, dibasuh dan toskan airnya. Pijarkan sedikit minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan yang sudah ditumbuk bersama dengan kicap, kacau hingga rata.
  • Kemudian masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan sotong, garam serta serbuk perasa secukupnya. Sesudah mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment