AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging
(broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran
daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan.
Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur
lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat
boleh sembelih pada umur 14 minggu.
Oleh kerana ayam pedaging begini muda
ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum
dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta
kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah
kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di
kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.
Ayam pedaging juga dipelihara hingga
matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan
hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging
biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan
intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah
satu haiwan ternakan yang paling umum
RESEPI AYAM MASAK KARI TANPA SANTAN
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam tanpa kulit
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 biji tomato - dipotong dadu
2 biji bawang putih ]- dikisar
1 cm halia ]
4 sudubesar kari daging Babas
1 sudubesar tomato puree
3 biji buah pelaga
2.5cm kayu manis
4 biji bunga cengkih Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah empat
Daun pudina agak lebih sedikit
sedikit daun ketumbar - di hiris
halus
2 biji tomato dibelah empat
2 batang lada hijau dibelah dua
garam
optional aji-no-moto
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak,
tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan
tomato sehingga bawang berwarna kuning.
Masukkan
bahan-bahan yang dikisar, daun pudina dan juga tomato puree kacau
rata-rata. Masukkan ayam kacau dan tutup
periuk selama 3 minit.
Taburkan kari
powder kacau rata-rata dan tutup selama 5 minit. Kemudian masukkan 1 cawan air, ubi kentang,
tomato dan lada hijau. Tutup masak sehingga ayam dan ubi empuk.
CADANGAN HIDANGAN:
Tuangkan kari ayam
yang telah dimasak kedalam mangguk dan taburkan daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment