Wednesday, January 10, 2018

RESEPI SOTONG MASAK ASAM

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang..
BAHAN BAHAN
  • 625 ml air
  • 3 camca besar air asam jawa
  • 1 ½ cm belacan
  • 1 camca besar garam
  • 1 camca teh gula pasir
  • 3 keping asam gelugur      
  • 12 biji bawang merah, dihiris halus
  • 2 batang serai, diketuk
  • 5 biji cili merah, dibelah tengah (jangan hingga putus)
  • 500 g sotong kecil, dibersih

PROSES PENYEDIAAN
  • Satukan air bersama air asam jawa, belacan, garam, gula pasir, asam gelugur, bawang merah dan serai di dalam periuk dan jerang di atas api sederhana. Biar hingga ia mendidih.
  • Masukkan cili merah bersama cili hijau, biar ia 10 minit. Masukkan sotong, biar hingga ia masak.

No comments:

Post a Comment