UDANG
Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI UDANG LEMAK
NENAS
BAHAN BAHAN
10 ekor
udang(sedrhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas
5 ulas bawang merah
2 batang serai 1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan
udang&toskan.Taburkan sedikit gula diatasnya.Tumbuk cili kering,cili
hidup,kunyit hidup,serai,belacan& bawang merah hingga lumat.
Masukkan santan ke
dlm kuali& biarkan sehingga mendidih,barulah dimasukkan rempah yg telah
ditumbuk tadi,masukkan sedikit minyak masak & masukkan udang lalu
dibalik-balikkan.
Angkat udangnya
terlebih dahulu.Masukkan nanas & sedikit garam.Bila kuahnya telah sebati
masukkan udang & kerisik.Angkat & hidangkan.
No comments:
Post a Comment