Pokok Kari atau
nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.Pokok Kari
ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia
sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam
masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan
mempunyai rasa agak pahit..
RESEPI AYAM DAUN KARI
Ayam-dipotong ikut suka
Sos plum-3 sudu
Rempah kari-semangkuk kecil daun kari-dihiris kecil
Sos tomato atau cili( ikut rasa )
Bawang merah-di tumbuk lumat
Bawang putih-di tumbuk lumat
PROSES PENYEDIAAN
Goreng ayam terlebih dahulu,kemudian
asingkan. Panaskan minyak,tumiskan bawang merah, bawang putih.bila dah naik
bau,masuk kan rempah kari yang dah di campur sedikit air.
Kacau dan masuk kan bahan lain,gaul rata dan
tuang kan keatas ayam........pasti menyelerakan.
No comments:
Post a Comment