Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI
UDANG SOS LIMA RASA
170 gm udang sungai
1 labu jeruk bawang
putih Thai, dimayang
2 tangkai cili
merah, dimayang halus
15 gm parsli Cina,
dicincang
10 gm cili padi,
dicincang
1 camca besar gula
merah
1 camca teh sos
ikan
2 camca teh cuka
2 camca besar
minyak untuk menumis
¼ camca teh lada
putih, ditumbuk
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak.
Tumis cili merah, daun parsli, cili padi, lada putih dan udang dua minit.
Masukkan gula merah, jeruk bawang putih, sos ikan dan cuka. Goreng hingga udang
betul-betul masak. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment