Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI
UDANG GORENG MADU
BAHAN BAHAN
500 gm udang besar
1 camca besar cili
boh
1 biji bawang
besar, dimayang bulat
3 camca teh madu
Garam dan serbuk
perasa secukupnya
Daun pudina untuk
hiasan
Minyak untuk
menggoreng
BAHAN BAHAN KISAR
1 camca teh lada
sulah
1 camca teh jintan
manis
1 camca teh jintan
putih
1 camca teh
ketumbar, digoreng tanpa minyak terlebih dahulu
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang dan
sejat. Gaul udang bersama cili boh, bahan-bahan giling, garam, serbuk perasa
dan madu dalam masa sejam. Panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng udang hingga
kuning dan angkat. Hias dengan daun pudina dan bawang bulat.
No comments:
Post a Comment