Ayam pedaging atau
ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk
pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit
kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih
dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai
berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.
RESEPI AYAM GORENG KALASAN
BAHAN BAHAN
8 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm kunyit hidup
Segenggam daun ketumbar
2 batang serai
1 ½ kg ayam kampung, di belah tiga
1 biji kelapa, di ambil pati santan
3 helai daun salam (boleh juga gunakan daun pandan)
3 cawan minyak masak
Sedikit gula merah
Sedikit garam
Perahan limau nipis secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Giling lumat cili merah, bawang putih, bawang
besar, kunyit, daun ketumbar dan serai. Masukkan ayam bersama pati santan ke
dalam periuk, bahan yang siap digiling dan daun salam. Masak hingga isi ayam
empuk.
Keluarkan ayam sejatkan seketika. panaskan
minyak masak dan goreng ayam hingga sedikit garing. Sementara itu, biarkan kuah
terus masak pekat, masukkan gula merah, garam dan perahan limau mengikut cita
rasa.
No comments:
Post a Comment