Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya
dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang
udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata
yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
RESEPI UDANG SECHUAN
BAHAN BAHAN
600 gm udang besar
20 biji cili kering
jenis panjang
25 gm asam jawa
campur
½ cawan air
2 labu bawang besar
disagat halus
2 sudu
cuka
½ sudu teh gula
2 sudu teh kicap
cair
1 sudu teh sos
tiram kalau suka
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu teh garam
halus
1 sudu teh serbuk
cili
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang.
Toskan. Gaulkan garam dan serbuk kunyit. Hiris cili nipis-nipis (menyerong).
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar yang telah disagat itu.
Masukkan serbuk
cili dan cili yang dipotong-potong. Kacaulah sehingga cili wangi. Masukkan
udang. Kacau rata-rata.
No comments:
Post a Comment