Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI UDANG BERCILI
BAHAN BAHAN
400 gm udang besar
100 gm cili merah
3 ulas bawang putih
100 gm bawang merah Sedikit halia
Serbuk kunyit dan
serbuk perasa
Sedikit sos cili
PROSES PENYEDIAAN
Udang digoreng
separuh masak. Tumis bawang merah, bawang putij, halia, kunyit dan cili merah.
Biarkan sehingga pecah minyak atau udang masak. Masukkan serbuk perasa dan sos
cili. Rasa, angkat dan dihidangkan segera.
No comments:
Post a Comment