UDANG
Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI UDANG MASAK MAMAK
BAHAN BAHAN
Bahan-bahan
menumis:
Bawang besar
(dicincang dadu halus)
Halia (dicincang
dadu halus)
Bawang putih
(dicincang dadu halus)
Serai (dikatok)
Daun pandan
(digunting-gunting)
Pelengkap sup (
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
Udang kasar
Rempah daging
Santan
Sos tomato
Garam
Gula
PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan udang
dengan sedikit serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak.
Selesai menggoreng,
gunakan minyak bekas menggoreng udang utk menumis bahan-bahan tumis.
Setelah bahan-bahan
tumis berbau wangi, masukkan sedikit rempah daging. Kacau campuran sampai
sebati.
Masukkan kira-kira
satu gelas santan pekat yang telah dicampurkan air.
Masukkan sedikit
sos tomato, garam dan gula.
Masukkan udang dan
tunggu sehingga kuah kelihatan pekat.
No comments:
Post a Comment