Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya
dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang
udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata
yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
RESEPI UDANG GALAH BAKAR
600 gm udang galah
1 batang serai
¼ sudu teh jintan
manis
½ sudu teh serbuk
kunyit
3 biji cili kering
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH ASAM LIMAU:
1.5 gm belacan
5 biji cili merah
1 biji asam limau
2 labu bawang besar
1 sudu teh air asam
jawa
¼ sudu teh gula
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang dan
belah belakangnya. Gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau giling serai, jinta
manis dan cili kering. Bakar udang. Sambil membakar percik dengan bahan-bahan
yang dimesin.
Udang bakar elok
dimakan dengan air asam limau. Untuk membuat air asam limau, tumbuk 4 biji cili
merah bersama belacan dan sedikit garam. Masukkan air asam jawa.
No comments:
Post a Comment