Wednesday, January 10, 2018

RESEPI TOMYAM NAM KHON

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia
BAHAN BAHAN
  • 2 cawan stok udang dan ayam
  • 100gm udang kertas
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar sos ikan (tidak perlu gunakan garam)
  • 1 biji limau - ambil jusnya
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 sudu besar hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu besar hirisan daun bawang
  • 2 sudu besar pes cili serbaguna (Namprik Phao)
  • Sedikit gula
  • Susu tepung mengikut kepekatan yang dikehendaki
  • 3 keping cendawan tiram
  • 4 cm akar ketumbar - dibersihkan
  • 1 cawan air

PROSES PENYEDIAAN
  • Tuangkan stok serta air ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan daun limau purut, serai, cendawan dan akar ketumbar. Masukkan udang diikuti sos ikan (tidak perlu dicampur garam kerana sos ikan sudah cukup masin) dan kacau rata.
  • Masukkan pula pes cili kacau lagi. Campurkan dengan susu tepung kacau hingga sebati. Sebelum dihidangkan tabur cili padi, daun ketumbar dan daun bawang. Hidangkan.


No comments:

Post a Comment