Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG GERTAK

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.


RESEPI UDANG GERTAK
BAHAN BAHAN
10 ekor udang geretak (Udang Lipan)
10 gm lobak merah
10 gm daun saderi
10 gm bawang merah        
10 gm cili sayur
10 gm tomato
2 ulas bawang putih
Sedikit kunyit serbuk, krim dan air rebusan ikan

PROSES PENYEDIAAN
Keluarkan isi udang gertak. Sayur-sayuran dipotong memanjang. Tumis bawang besar dan bawang putih.

Masukkan sayur-sayuran, kunyit dan isi udang gertak. Bubuh sedikit air rebusan ikan. Bila mendidih, bubuh krim dan serbuk perasa. Angkat

No comments:

Post a Comment