Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI
UDANG SAMBAL TELUR
BAHAN BAHAN
½ kg Udang Galah
3 camca besar cili
giling
2 biji telur
2 camca besar sos
tomato
1 labu bawang besar
2 sudu besar minyak
masak
1 tangkai cili merah
sedikit serbuk
kunyit
Sedikit bawang
goreng (hiasan)
BAHAN KISAR
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 batang serai
(dititik)
sedikit garam, gula
dan serbuk perasa
PROSES PENYEDIAAN
Udang dipotong
muncung dan ekornya.Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit
garam.Goreng kekuningan dan asingkan.
Panaskan minyak
dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan serai sehingga naik bau.Masukkan cili
giling dan sos tomato serta gula dan serbuk perasa.Masukkan sedikit air dan
tumis cili sehingga masak.
Masukkan udang
yang digoreng tadi dan gaul sebati.Pecahkan telur dan gaul hingga sebati.
Akhir sekali
taburkan bawang besar yang dipotong bulat. Angkat dan sedia untuk hidangan.
No comments:
Post a Comment