Wednesday, January 10, 2018

RESEPI SOTONG MASAK LEMAK

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN
  • 8 ekor sotong 
  • 1 kilo santan
  • tempe (dipotong kecil)
  • tauhu (dipotong kecil)
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • garam       

BAHAN DIKISAR
  • 3 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi

PROSES PENYEDIAAN
  • masukkan santan cair ke dalam periuk beserta bahan yang dikisar tadi bersama 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
  • kacau sehingga mendidih.kemudian masukkan santan pekat, tempe,tauhu,sotong dan garam kacau sampai sotong masak.sedia untuk dinikmati seisi keluarga

No comments:

Post a Comment