Ayam pedaging atau
ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk
pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit
kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih
dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai
berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.
RESEPI AYAM GORENG MANIS PEDAS
½ ekor ayam
(dipotong sederhana besar)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu cili mesin (sekiranya ingin pedas letak lebih cili)
gula (ikut citarasa anda)
sedikit garam
kunyit serbuk
minyak masak
daun salad
PROSES PENYEDIAAN
Ayam dibersihkan dan ditoskan airnya.
Bawang besar, putih dan halia dimesin halus.
Gaulkan bahan kisar, cili, gula, garam dan
kunyit bersama ayam dan perapkan selama 1 jam.
Panaskan minyak masak dan goreng ayam
sehingga nampak kehitam-hitaman sedikit. Kemudian angkat dan letakkan didalam
piring yang dialas dengan daun salad.
No comments:
Post a Comment