Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air
dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja
dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur
insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro =
"pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus
berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri
daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI
UDANG GORENG GULUNG
60 gm mentega
1 biji bawang putih
(dicincang)
1 tangkai daun
ketumbar (dicincang)
1 biji limau nipis
(diambil perahan dan diparut kulitnya)
Garam
Serbuk lada sulah
200 gm pastri filo
12 ekor udang
(jangan dibuangg ekor)
BAHAN SOS
1 camca besar
perahan limau nipis
1 camca teh sos
tiram
1 camca teh sos
cili
2 camca besar
minyak
45 ml sos tomato
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan mentega
dan masukkan semua bahan, kecuali pastri filo dan udang. Kacau rata dan angkat.
Benteng sekeping
pastri filo, sapu campuran mentega cair tadi. Lapiskan sekeping lagi pastri
filo di atasnya dan sapu campuran mentega cair. Ulang untuk lapisan ketiga.
Potong pastri
menjadi segitiga. Letakkan udang pada satu bucu dan gulung. Biar ekornya di
luar. Sapu mentega dan bakar selama 25 minit pada suhu 220 darjah Celcius.
Untuk membuat sos,
kacau rata semua bahan di dalam mangkuk dan hidangkan bersama udang tadi.
No comments:
Post a Comment