Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI
UDANG GORENG RANGUP
Udang sederhana
besar-dibuang kulit
BAHAN BAHAN B
4 sudu besar tepung
gandum
1 sudu kecil serbuk
penaik
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup
rasa
Sedikit serbuk
kunyit-utk mewarnakan adunan
PROSES PENYEDIAAN
1. Bancuhkan semua
bahan B.
2. Celup udang
dalam adunan tadi dan boleh digoreng dalam minyak yg betul-betul panas.
3. Goreng sehingga
kekuningan.
4. Angkat dan boleh
dimakan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment