Ayam
pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak
khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan
kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh
sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh
lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu
RESEPI AYAM CUKA
1 ekor ayam (disiang & dipotong empat)
4 helai daun pisang yang besar (dilayurkan)
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
BAHAN GILING:
1.2 cm lengkuas
1.2 halia
5 biji buah keras
¾ sudu lada hitam
1 sudu penuh garam
2 pokok daun bawang (dicincang)
4 sudu cuka
180 ml pati santan
Secubit garam (dicampurkan)
PROSES PENYEDIAAN
Letakkan tiap-tiap potongan ayam ke atas
sehelai daun pisang. Bahagian bahan giling & lomorkan ke atasnya. Campurkan
bawang putih,bawang merah & daun bawang.
Taburkan ke atas potongan-potongan ayam
dengan sama rata. Bahagikan cuka,kemudian pati santan dengan sama juga.
Bungkuslah ayam tadi.
Kukuslah selama 10-20 minit,hingga masak.
Hidangkan panas-panas dalam bungkusannya.
No comments:
Post a Comment