Kerang merupakan nama sekumpulan moluska
dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di
pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati,
bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis
haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai
tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk
membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan
kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan
keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu
meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah
hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
- 1kg kerang segar
- 1 biji bawang Belanda
- 3 biji bawang merah
- 2 batang serai
- 2 sudu makan cili giling/cili boh
- 1 biji cili benggala
- 1 biji cili merah
- 1 biji cili hijau
- 3 helai daun limau purut
- sedikit lada hitam
- 2 sudu makan gula kasar
- 1 sudu teh garam / secukup rasa
- 1 biji limau kasturi
- semangkuk kecil air asam jawa
- secawan teh buah kiwi/buah nenas di potong kecil
- 2 sudu makan sos cili
PROSES PENYEDIAAN
- basuh dan tos kerang dgn air garam
- hiris kasar bawang belanda. hiris halus bawang merah ,hiris halus serai
- cili benggala di potong dadu dan buang biji cili merah dan cili hijau dan di hiris kecil
- tumis bawang daun limau purut dan serai hingga naik bau
- masuk kan cili giling dan tumis selama 15 min masukkan cili benggala,cili merah dan cili hijau
- masukkan gula dan dan sos cili masukkan air asam jawa dan biar hingga mendidih kemudian masukkan buah kiwi/nenas dan biar selama 5 min
- tambah sedikit air dan masukkan kerang dan gaul hingga sebati di biar selama 20 min tutup api dan perah limau,tabur lada hitam serta garam secukup rasa.
- sebatikan masakan supaya rata sedia untuk dihidang
No comments:
Post a Comment