UDANG
Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
UDANG MASAK SWEET & SOUR
BAHAN BAHAN
500 gm udang yg
bersaiz besar
2 ulas bawang putih
(diketuk)
1 biji bawang besar
dipotong dadu
3 biji cili padi
dibelah 2
4 sudu besar sos
plum
4 sudu besar sos
cili
4 sudu besar sos
tomato
Sedikit lada sulah
Sedikit air
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan
tumiskan bawang putih bersama bawang besar hingga naik bau.
Masukkan udang, sos
plum, sos cili, sos tomato, cili padi, dan gaulkan hingga rata. Biarkan ia
sekejap.
Masukkan air biar
ia berkuah sedikit, dan biarkan hingga ia menggelegak.
Masukkan lada
sulah, garam, dan biarkan kuahnya pekat.
Hidangkan
No comments:
Post a Comment