UDANG
Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI UDANG KASTURI
BAHAN BAHAN
1 kg udang galah
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili
merah
5 tangkai cili
merah
5 biji limau
kasturi (dipotong empat)
1 sudu kecil serbuk
kunyit
1 sudu kecil serbuk
cili
Sedikit daun
selasih
¼ cawan minyak
masak
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Udang hendaklah
dibelah belakang (sedikit) bersih dan dibuang kulitnya. Kemudian digoreng.
Tumiskan
bahan-bahan yang telah dihiris halus tadi sehingga baunya harum dan masukkan
udang yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali
masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan garam secukupnya. Bolehlah dihidangkan
bersama perahan limau kasturi.
No comments:
Post a Comment