UDANG
Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI UDANG KALIO
BAHAN BAHAN
2 kg udang Kuning /
kertas
100 gm bawang merah
60 gm halia
5 batang serai
60 gm lengkuas
50 gm buah keras
50 gm kunyit hidup
30 gm belacan
60 gm cili merah
150 gm bawang merah
6 helai daun limau
purut
6 helai daun kunyit
1.5 liter santan
20 gm cili padi
5 keping asam
keping
PROSES PENYEDIAAN
Bawang merah,
bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, belacan dan cili merah
digiling halus.
Bawang besar
dipotong membulat, cili merah dibelah dua manakala cili padi dicincang.
Bersihkan udang, kerat hujung, misai dan kaki serta biarkan berkulit.
Panaskan minyak dan
tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Masukkan santan dan didihkan
perlahan-lahan.
Masukkan udang,
garam dan serbuk perasa. Renehkan selama 5 minit sehingga udang masak. Akhir
sekali, masukkan bawang besar, cili merah. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment