Ayam
golek, juga dikenali sebagai ayam percik, ialah sejenis masakan pantai timur
Malaysia. Ayam dipanggang dengan menyelitupi kuah bersantan.
RESEPI AYAM GOLEK KEDAH
1 ekor ayam seberat 1.6 kg
BAHAN-BAHAN B:
(dibahagi dua)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kerisik
2 biji tomato, dicincang
BAHAN-BAHAN C:
(dikisar dan dicampurkan 1 cawan air)
4 biji buah keras
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 2 cm halia
1 cm lengkuas
BAHAN-BAHAN D:
1 biji kelapa parut, diambil 6 cawan santannya
¾ sudu besar garam halus
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 keping hati dan hempedal, dihiris halus
2 biji ubi kentang, digoreng garing
2 biji telur rebus, digoreng garing
¾ cawan minyak masak
1 cawan air
Sedikit garam
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan ayam dan tuskan. Tumiskan
bahan-bahan yang dikisar (bahan C) hingga wangi. Kemudian campurkan 1 cawan
air. Kacau seketika sebelum dimasukkan bahan-bahan B.
Masaklah hingga rempah wangi. Masukkan garam.
Masukkan serai dan daun limau purut serta ubi kentang dan telur rebus yang
telah digoreng.
Masaklah sehingga hati dan hempedal empuk.
Angkat telur, ubi dan hati serta hempedal. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam
perut ayam. Jahit leher dan bahagian punggung ayam kembali. Panggang ayam di
dalam oven sehingga masak kekuning-kuningan.
Sementara itu panaskan minyak, tumiskan
lebihan rempah bahan-bahan B. Setelah rempah kelihatan agak kuning dan berbau
wangi, masukkan 6 cawan santan tadi dan kacaulah hingga rempah tadi sebati
dengan kuah.
Masukkan garam. Masaklah kuah ini sehingga
pekat. Angkat Ayam dari ketuhar. Siramkan kuahnya di atas ayam tadi ketika
hendak menghidang.
No comments:
Post a Comment