Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro
= "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang
halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang
terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
RESEPI
UDANG GORENG DAUN KARI
BAHAN BAHAN
1 kg udang
sederhana besar buka kulit
40 gm bawang merah
(dikisar)
20 gm bawang putih
(dikisar)
Garam
2 gm daun kari
15 gm serbuk kunyit
Lada putih
Serbuk perasa
PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan
bahan-bahan yg dikisar sehingga naik baunya.
Masukkan udang yang
telah digaulkan dengan garam dan kuyit dan goreng sehingga kuning keemasan.
Masukkan daun kari
dan serbuk perasa. Angkat dan taburkan daun bawang dan daun sup di atasnya.
Review:
No comments:
Post a Comment