Wednesday, January 10, 2018

RESEPI SOTONG MASAK CENDAWAN

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
  • 1 kg sotong (dibersihkan dibuang kepala dan Potong bulat
  • 1 mangkuk cendawan tiram (dihiris)
  • 1 biji lada benggala (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)        
  • 1 mangkuk stok ayam
  • 2 sudu tepung jagung (dicairkan dengan sedikit air masak)
  • sedikit lada hitam
  • sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan sotong dan cendawan lalu biarkan masak dengan api sederhana.
  • Apabila mula masak, masukkan stok ayam dan tepung jagung. Biarkan kuah memekat seketika.
  • Perlahankan api dan masukkan lada benggala dan biarkan masak.
  • Akhir sekali masukkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.

No comments:

Post a Comment