Ayam
pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak
khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan
kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh
sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh
lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu
RESEPI AYAM BAKAR BBQ
1 kg ayam (dipotong 16 bahagian)
500 gm bawang merah
49 gm kunyit basah
40 gm halia
4 batang serai
30 gm bawang putih
3 sudu kecil madu lebah
3 sudu kecil jintan putih
3 sudu jintan manis
Sedikit minyak jagung
3 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Ayam dipotong 16, dibasuh serta tuskan
airnya. Masukkan bawang merah, kunyit basah, halia, serai, bawang putih, jintan
manis dan jintan putih, cili yang telah dikisar halus, serbuk kunyit, madu dan
garam.
Gaul sehingga ia sebati. Tuangkan sedikit
minyak jagung, kemudian peramkan bahan-bahan tadi selama satu jam.
Selepas itu, bolehlah dibakar di atas
pembakar sehingga ia masak. Hidangkan panas-panas dengan sos cili dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment